USAHAWAN GERAI MAKAN/MINUM

  

Nama ABANG YASIR BIN ABANG MADEHIE
Umur : 27 tahun
Ahli : 2009

 

Latar belakang

Abang Yasir Bin Abang Madehie merupakan seorang kakitangan kerajaan dan bertugas sebagai ahli Bomba. Berasal dari Kampung Nanas, Simunjan, bermula perniagaan ini adalah hasil dari perbincangan bersama keluarga untuk membuka sebuah perniagaan keluarga bagi menambahkan pendapatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti program di Pusat Internet, Simunjan beliau tidak mengetahui apakah fungsi internet dan kelebihan adanya internet. Beliau selalu mengikuti program-program yang diadakan oleh pihak Pusat Internet, Simunjan terutamanya Program Keusahawanan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Setelah beliau mengikuti beberapa program asas komputer, asas Internet seterusnya program Keusahawanan Atas Talian kini beliau lebih yakin untuk membuat perniagaan secara atas talian walaupun pada mulanya beliau agak kurang yakin. Kini beliau telah banyak menggunakan Media Sosial sepeti Facebook, Instagram, Whatsapp, Wechat dan lain-lain lagi untuk mempromosikan perniagaan Creamy Frost. Perniagaanya kini telah bertambah maju dan dikenali oleh komuniti sekitar malah luar daripada Simunjan juga berkunjung ke gerainya.