PENIAGA DROPHIP PAKAIAN, PRODUK KESIHATAN, BARANG ELEKTRONIK DAN LAIN-LAIN LAGI

  

Nama KHATINAH BINTI WAN MAT ALIE
Umur : 36 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Puan Khatinah merupakan seorang surirumahtangga sepenuh masa. Bemastautin di Kampung Keleka, Simunjan, menjalan perniagaan produk kesihatan, pakaian, barang elektronik serta menjadi dropship beberapa produk lain.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Sebelum ini beliau hanya menggunakan Facebook untuk mencari rakan-rakan lama dan kenalan sahaja. Tidak pernah terlintas di fikiran beliau Facebook boleh dijadikan sebagai media yang boleh mempromosikan barang jualannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Setelah beliau turut serta dalam beberapa program yang diadakan oleh Pusat Internet, Simunjan beliau kini telah mulai berjinak-jinak dengan perniagaan secara atas talian. Antara program yang beliau sertai ialah program Keusahawanan dan beberapa aktiviti anjuran Pusat Internet Simunjan yang lain.