CELIK IT 

Nama : Muhammad Firdaus Bin Beduie
Umur : 11 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Muhammad Firdaus Bin Beduie telah mengikuti program asas komputer dan asas internet sejak Disember 2018 dan beliau juga telah menghadiri pelbagai program yang di jalankan di Pusat Internet Simunjan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Sebelum ini beliau tidak mengenali apa itu komputer dan bagaimana menggunakannya. Selalunya dia hanya ikut bersama kawan-kawan yang telah menjadi ahli untuk menggunakan komputer dan  melayari internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Selepas mengikuti program Asas Komputer dan Asas Internet beliau sudah tahu dan faham untuk menggunakan Microsoft Office Word dan melayari Internet seperti youtube. Kini Muhammad Firdaus telah semakin mahir menggunakan komputer.

 

 

 

 

PENIAGA DROPHIP PAKAIAN, PRODUK KESIHATAN, BARANG ELEKTRONIK DAN LAIN-LAIN LAGI

  

Nama KHATINAH BINTI WAN MAT ALIE
Umur : 36 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Puan Khatinah merupakan seorang surirumahtangga sepenuh masa. Bemastautin di Kampung Keleka, Simunjan, menjalan perniagaan produk kesihatan, pakaian, barang elektronik serta menjadi dropship beberapa produk lain.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Sebelum ini beliau hanya menggunakan Facebook untuk mencari rakan-rakan lama dan kenalan sahaja. Tidak pernah terlintas di fikiran beliau Facebook boleh dijadikan sebagai media yang boleh mempromosikan barang jualannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Setelah beliau turut serta dalam beberapa program yang diadakan oleh Pusat Internet, Simunjan beliau kini telah mulai berjinak-jinak dengan perniagaan secara atas talian. Antara program yang beliau sertai ialah program Keusahawanan dan beberapa aktiviti anjuran Pusat Internet Simunjan yang lain.

 

 

 

 

USAHAWAN GERAI MAKAN/MINUM

  

Nama ABANG YASIR BIN ABANG MADEHIE
Umur : 27 tahun
Ahli : 2009

 

Latar belakang

Abang Yasir Bin Abang Madehie merupakan seorang kakitangan kerajaan dan bertugas sebagai ahli Bomba. Berasal dari Kampung Nanas, Simunjan, bermula perniagaan ini adalah hasil dari perbincangan bersama keluarga untuk membuka sebuah perniagaan keluarga bagi menambahkan pendapatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti program di Pusat Internet, Simunjan beliau tidak mengetahui apakah fungsi internet dan kelebihan adanya internet. Beliau selalu mengikuti program-program yang diadakan oleh pihak Pusat Internet, Simunjan terutamanya Program Keusahawanan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Setelah beliau mengikuti beberapa program asas komputer, asas Internet seterusnya program Keusahawanan Atas Talian kini beliau lebih yakin untuk membuat perniagaan secara atas talian walaupun pada mulanya beliau agak kurang yakin. Kini beliau telah banyak menggunakan Media Sosial sepeti Facebook, Instagram, Whatsapp, Wechat dan lain-lain lagi untuk mempromosikan perniagaan Creamy Frost. Perniagaanya kini telah bertambah maju dan dikenali oleh komuniti sekitar malah luar daripada Simunjan juga berkunjung ke gerainya.

 

 

 

CELIK IT 

 

Nama : Sharifah Sehah Binti Wan Abd Rahman
Umur : 62 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Sh. Sehah Bt Wan Abd.Rahman telah mengikuti program asas komputer dan asas internet sejak Jun 2017 dan beliau juga telah menghadiri pelbagai program yang di jalankan di Pusat Internet Simunjan.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Sebelum ini beliau tidak mengenali apa kegunaan komputer dan hanya ikut serta ke Pusat Internet Simunjan bagi mengikuti aktiviti yang diadakan di Pusat Internet Simunjan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Selepas mengikuti program Asas Komputer dan Asas Internet beliau sudah tahu dan faham untuk menggunakan Microsoft Office Word dan melayari Internet seperti youtube dan facebook. Kini beliau semakin mahir menggunakan komputer untuk menaip, kemahiran ini penting baginya sebagai seorang Setiausaha. Adanya kemahiran komputer ini semakin memudahkan urusannya.

 

 

 

USAHAWAN PAKAIAN, MAKANAN, PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN.

  

Nama FARAH ASMIZA BINTI OTHMAN
Umur : 29 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Puan Farah Asmiza merupakan seorang surirumahtangga sepenuh masa. Bemastautin di Kampung Sageng, Simunjan, menjalan perniagaan pakaian dan kasut,beg,produk kesihatan dan juga makanan

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Sebelum mengikuti program di Pusat Internet, Simunjan beliau tidak mengetahui apakah fungsi internet dan kelebihan adanya internet. Beliau selalu mengikuti program-program yang diadakan oleh pihak Pusat Internet, Simunjan terutamanya Program Keusahawanan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Setelah beliau mengikuti beberapa program asas komputer, asas Internet seterusnya program Keusahawanan Atas Talian kini beliau lebih yakin untuk membuat perniagaan secara atas talian walaupun pada mulanya beliau agak kurang yakin.