USAHAWAN KRAFTANGAN, MAKANAN KERING, PRODUK KECANTIKAN DAN KESIHATAN.

  

Nama : Erminuraian Binti Suhaimi
Umur : 30 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

 

Puan Ermienurain merupakan seorang surirumahtangga sepenuh masa. Bemastautin di Kampung Selangking Simunjan, menjalan perniagaan kraftangan,makanan kering serta produk kecantikan dan kesihatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Sebelum ini beliau hanya menggunakan Facebook untuk mencari rakan-rakan lama dan kenalan sahaja. Tidak pernah terlintas di fikiran beliau Facebook boleh dijadikan sebagai media yang boleh mempromosikan barang jualannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Setelah beliau turut serta dalam beberapa program yang diadakan oleh Pusat Internet, Simunjan beliau kini telah mulai berjinak-jinak dengan perniagaan secara atas talian. Antara program yang beliau sertai ialah program Keusahawanan (Dashboard Komuniti, Program e-Rezeki.

 

CELIK IT

  

Nama : MOhd Danish Bin Shah Mohd Reza
Umur : 10 tahun
Ahli : 28 Mei 2016

 

Latar belakang

 

Adik Mohd Danish telah mengikuti program asas computer dan asas internet sejak Mac 2017 dan beliau menghadiri pelbagai program yang di jalankan di Pusat Internet, Simunjan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

 

Sebelum ini beliau tidak mengenali apa kegunaan komputer dan hanya ikut serta ke Pi1M bersama kawan-kawan. Namun beliau sekadar menemani.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Selepas mengikuti beberapa program yang diadakan di Pusat Internet, Simunjan beliau kini lebih faham cara menggunakan komputer dan lebih-labih menggunakan komputer untuk melayari internet bagi mencari maklumat-maklumat. Beliau juga didedahkan dengan cara membuat video pendek.

 

 

 

CELIK IT

  

Nama : Fitri Adiq Putra Bin Ramizan
Umur : 12 tahun
Ahli : 28 Mei 2015

 

Latar belakang

Adik Fitri Adiq Putra telah mengikuti program asas computer dan asas internet sejak Mei 2017 dan beliau menghadiri pelbagai program yang di jalankan di Pusat Internet, Simunjan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti program tersebut beliau tidak tahu menggunakan komputer dan penggunaan internet. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti program Asas Komputer dan Asas Internet beliau sudah tahu dan faham untuk menggunakan Microsoft Office Word dan melayari Internet seperti youtube dan facebook. Kini beliau telah pandai untuk mencari maklumat yang ada di dalam internet.

 

 

 

 

USAHAWAN GERAI MAKANAN, PRODUK KESIHATAN/KECANTIKKAN

  

Nama : Sabtuyah Bt Joni
Umur : 48 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Puan Sabtuyah merupakan seorang peniaga gerai makan. Beliau juga merupakan seorang guru KAFA di Sekolah SK Sageng, Simunjan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Sebelum ini beliau hanya menggunakan Facebook untuk mencari rakan-rakan lama dan kenalan sahaja. Tidak pernah terlintas di fikiran beliau Facebook boleh dijadikan sebagai media yang boleh mempromosikan barang jualannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Setelah beliau turut serta dalam beberapa program yang diadakan oleh Pusat Internet, Simunjan beliau kini telah mulai berjinak-jinak dengan perniagaan secara atas talian. Beliau juga mempromosi barang jualan dan membuat makluman menu makanan yang gerai jual pada hari tersebut.

 

 

 

USAHAWAN MENJUAL HASIL SUNGAI SEPERTI UDANG, IKAN /MAKANAN RINGAN/ PRODUK KECANTIKAN KESIHATAN & KEPERLUAN RUMAH

  

Nama : Sharifah Hamzah Bt Wan Abd Rahman
Umur : 47 tahun
Ahli : 2011

 

Latar belakang

Puan Sharifah Hamzah merupakan seorang surirumahtangga sepenuh masa. Bermastautin di Kampung Nanas, Simunjan, menjalan perniagaan kedai runcit, jualan bekalan mentah seperti ikan udang, makanan, serta produk kecantikan dan kesihatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum mengikuti program di PI1M Simunjan beliau tidak mengetahui apakah fungsi internet dan kelebihan adanya internet. Beliau selalu mengikuti program-program yang diadakan oleh pihak Pusat Internet, Simunjan terutamanya Program Keusahawanan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Setelah beliau mengikuti beberapa program asas komputer, asas Internet seterusnya program Keusahawanan Atas Talian kini beliau lebih yakin untuk membuat perniagaan secara atas talian walaupun pada mulanya beliau agak kurang yakin.