NAMA  : ALICIA A/P SIVAM
UMUR  : 16
AHLI  : 2020

Latar belakang

Alicia merupakan seorang pelajar Tingkatan 4 di SMK Sri Sadong Simunjan yang berasal dari Kampung Sual. Alicia menaiki kereta untuk datang ke sini pada hujung minggu untuk menyiapkan kerja sekolah ataupun mencari bahan untuk pembelajarannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau tidak tahu menggunakan komputer, oleh kerana mempunyai tugasan dari guru disekolah, beliau telah menyertai beberapa kelas yang diadakan oleh Pusat Internet Simunjan

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti program Asas Komputer dan Asas Internet beliau sudah tahu dan faham untuk menggunakan Microsoft Office Word, dan Power Point serta menggunakan internet. Alicia turut mengambil sijil kmputer ICT Cambridge di Pusat Internet Simunjan.

 Celik-It-Aicia

"PENIAGA-JUALAN PAKAIAN KANAK-KANAK"

NAMA  :  HALIZA BINTI SUHAILI
UMUR  : 29
AHLI  : 2016

Latar belakang

Puan Hafiza Binti Suhaili merupakan seorang guru tadika yang mempunyai jualan sampingan iaitu sebagai peniaga barang pakaiab kanak-kanak. Beliau mula aktif dengan jualan pada tahun 2018 lagi. Pada mulanya, beliau mengambil tempahan anak rakan sekerja sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya, beliau mengambil tempahan anak rakan sekerja sahaja. Dan tidak tahu cara pengurusan jualan dengan baik. Beliau juga tidak berani untuk iklan jualan dalam media social seperti facebook.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti program Asas Komputer dan Asas Internet beliau mula menggunakan langkah yang mudah untuk membuat akaun media massa seperti Facebook. Selain itu, beliau telah mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan pihak PI membolehkan beliau dan meluaskan dan mempromosikan. Bahkan, Beliau aktif mengambil tempahan dari luar kawasan Simunjan juga.

 Kejayan-Haliza

 

NAMA  : LAURARITA BT ABDULLAH
UMUR  : 30
AHLI  : 2019

Latar belakang

Puan Laurarita merupakan seorang ahli baru Pusat Internet dan merupakan dan nekad untuk belajar computer bagi kemudahan pada dirinya untuk pada masa akan datang. Beliau pada mulanya tidak terdedah kepada pengunaan komputer yang sebenarnya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau tidak tahu menggunakan komputer beliau tidak tahu cara untuk menaip surat rasmi, suntingan imej dan suntingan video

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti program Asas Komputer dan Asas Internet beliau sudah tahu dan faham untuk menggunakan Microsoft Office Word, dan Power Point serta menggunakan internet. Paling utama, petugas Pusat Internet Simunjan telah mengajar cara suntingan imej dan video.

 

 

celik-ict-2020

" PENIAGA - APAM BALIK MAK KMK"

NAMA  : MOHD ZAINNUL BIN WAHAB
UMUR  : 29
AHLI  : 2019

Latar belakang

Mohd Zainnul Bin wahab merupakan seorang peniaga apambalik yang menyambung warisan ibunya. Keluarga mereka telah menjual apambalik selama 30 tahun. Keistimewaan apambalik mereka ialah pada rasanya yang mempunyai rasa tersendiri dan mempunyai pelanggan tetap.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau menjual apambalik di depan kedai sahaja dan pelanggan akan membeli terus dari mereka. Beliau selalu datang ke PI untuk bertanyakan tentang ilmu keusahawanan yang disediakan oleh pihak Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti program Asas Komputer dan Asas Internet beliau mula menggunakan langkah yang mudah untuk membuat akaun media massa seperti Facebook. Selain itu, beliau telah mengikuti kelas keusahawanan yang dianjurkan pihak PI membolehkan beliau dan meluaskan dan mempromosikan.

 

Kejayaan-apam-balik 

 

PENIAGA "BURGER"

  

Nama : MUHAMMAD KHAIRUL ARIFFIN BIN RAILI
Umur : 44 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

En Muhammad Khairul Ariffin merupakan seorang pembantu operasi di bawah Jabatan Pendidikan telah mengikuti program asas komputer dan asas internet sejak  2015 dan beliau menghadiri pelbagai program yang di jalankan di Pusat Internet Simunjan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau menjalankan perniagaan hanya disekitar kawasan Kampung sahaja dan tidak tahu

caramempromosikan produk makanan. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti program Asas Komputer dan Asas Internet beliau mula menggunakan langkah yang mudah untuk membuat akaun media massa seperti Facebook dan beliau terus aktif mengambil pesanan dan mempromosi makanan beliau di media sosial seperti Facebook