WIRA NEGARA - SAPOK BIKI ASAL DARI SIMUNJAN

 

Siapa yang tidak kenal dengan nama Sapok Biki. Beliau merupakan seorang Peninju Negara. Beliau telah mengharumkan nama negara apabila beliau memenangi pingat emas kategori light flyweight di Sukan Komanwel (SUKOM) XVI tahun 1998. Namun tidak ramai yang mengetahui di mana kampung kelahiran beliau.

Sapok Biki sebenarnya merupakan warga Simunjan yang berasal dari Kampung Isu Lama, Simunjan. Menurut ahli keluarganya Sapok Biki memang meminati sukan tinju sejak dari kecil lagi. Beliau suka menonton video tersebut dari pelbagai negara di seluruh dunia. Kemahiran yang beliau perolehi setelah beliau berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Berkat kegigihan beliau menjalani latihan dan disiplin yang tinggi akhirnya beliau telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan tersebut seterusnya mengharumkan nama negara.

Sabok Biki seterusnya telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran II selepas berjaya mencipta sejarah menjadi peninju pertama di Malaysia yang memenangi sukan tersebut semasa SUKOM di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Kejayaan beliau juga telah turut menjadi kebanggaan warga SIMUNJAN khasnya.