.

 


 

 

Sekitar Penutupan Larian Obor Sukan Sea ke-29 dan Para Asean ke-9 KL 17 Peringkat Bahagian Samarahan di Simunjan, Sarawak pada petang semalam 12 Jun 2017 di mana obor diserahkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kepada Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen P200 Batang Sadong. 

 

 

 

 

 

 

Larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 peringkat Sarawak pada hari ini adalah sesuatu yang istimewa apabila melibatkan 500 anggota tentera dari Markas 3 Briged Infantri Kem Penrissen.

Penglibatan anggota tentera tersebut memeriahkan lagi tema Bangkit Bersama Kuala Lumpur 2017, iaitu ia disokong dan didokong oleh rakyat Malaysia dari segenap latar belakang.

 

Istimewanya juga larian hari ini kerana Obor Sukan SEA tersebut telah dibawa melalui Jambatan Batang Sadong yang merupakan jambatan terpanjang yang merentasi sungai di Malaysia-satu lagi lokasi ikonik negara-selain Gunung Kinabalu dan Taman Negara Mulu yang telah dilalui sebelum ini.

 

Selain larian dua kilometer (km) merentasi Jambatan Batang Sadong dan 17 km dibawa menaiki konvoi motosikal, obor kembali dibawa belari sejauh satu km terakhir ke Padang Sentral Simunjan untuk diserahkan kepada Anggota Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.