Ternyata usia bukan penghalang untuk berbakti sebagai sukarelawan. Pada 23hb Februari 2018 yang lepas telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan MIV oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya. Antara penerima anugerah MIV cemerlang ialah En Junaidi Sabeli yang merupakan sukarelawan ICT  MIV dibawah seliaan PI1M Simunjan. Anugerah Sukarelawan Yang memberi Inspirasi telah dinobatkan kepada beliau kerana usia bukanlah penghalang untuk beliau berkhidmat membantu warga di Daerah Simunjan. Moga ia dapat memberi inspirasi kepada semua warga Daerah Simunjan untuk terus berbakti dan memberi tenaga dalam apa bentuk perkhidmatan sukarelawan.

 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/392085/usia-66-tahun-masih-jadi-sukarelawan

 

Sumber Gambar : Berita Harian