Pada 20hb Mei 2019 yang lepas telah diadakan Program Terawih Dan Ceramah Perdana Bersama Motivator Samsul Debat di Masjid Daerah Simunjan. Ceramah diadakan selepas solat terawih telah berlangsung selama kira-kira satu jam. Tajuk ceramah pada malam tersebut ialah "Bulan Ramadhan Bonus Berganda" menghuraikan kelebihan-kelebihan yang terdapat dalam bulan Ramadhan. Penduduk-penduduk Daerah Simunjan telah hadir beramai-ramai bagi memeriahkan majlis ilmu yang telah dianjurkan oleh pihak Pejabat Daerah Simunjan.