Sempena Hari Guru pastinya pelajar-pelajar dan guru-guru sibuk membuat sambutan sempena hari istimewa ini. Tidak ketinggalan dengan sekolah-sekolah di sekitar Daerah Simunjan. Antara sekolah yang membuat sambutan Hari Guru pada 16hb Mei 2017 yang lepas ialah SK Tanjung Pisang Selangking, Simunjan, sekolah ini terletak kira-kira 20KM dari pekan Simunjan.

Bertemakan  "ANDAI AKU BUKAN GURU" memeriahkan acara sambutan. Dengan guru-guru serta kakitangan memakai pakaian seandainya mereka bukan guru, ada di antara yang mengenakan pakaian seorang Doktor, Arkitek, Jururawat, Kontraktor, Saudagar Kurma malah ada yang menjadi Yang Berhormat.

Dengan cara ini juga dapat membuka minda pelajar-pelajar tentang pelbagai jenis pekerja yang ada dan seterusnya pelajar-pelajar akan berazam untuk menjadi sesorang yang berguna pada suatu hari nanti.