Halus Manis

 

Antara makanan tempatan yang kini jarang didapati ialah "Halus Manis" . Ia diperbuat daripada gula yang diproses sehingga berbentuk bulat dan didalam juga terdapat inti yang menambah keenakan "Halus Manis" ini. "Halus Manis" boleh dibeli melalui individu atau di pasar basah, Simunjan. Harga sebungkus "Halus Manis" sekitar RM1.30 ke RM 1.50. Marilah berkunjung ke Daerah Simunjan untuk merasa keunikan makanannya.

 

 

 

 

 

Durian

 

 

 

Daerah Simunjan memang terkenal dengan Buah Durian, antara Kampung-Kampung yang terkenal dengan duriannya ialah Kampung Temiang, Kampung Sengkalan, Kampung Gayau, Kampung Gunung Ngeli dan banyak lagi kampung yang terdekat. Ramai pengunjung dari luar Simunjan datang ke Simunjan untuk menikmati rasa durian dan pembelian borong oleh peniaga dari luar. Musim durian di Daerah Simunjan biasa  sekitar bulan November hingga Januari.

Pengeluaran buah durian yang banyak dari kampung-kampung tersebut menyumbang kepada harga buah yang murah dan mampu untuk dibeli. Sekiranya anda ingin membeli durian sila datang ke Daerah Simunjan kerana pada masa ini Simunjan sedang dalam musim durian.