PERNIAGAAN ANDAMAN 

Kesuma Bt Husaini seorang pengusaha andaman muda yang telah memulakan perniagaan andaman sejak 2008. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah andaman, menghias pengantin, pelamin dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan andaman. Tempahan untuk luar kawasan Simunjan juga dialu-alukan. Dalam usia yang masih muda, beliau telah mendapat banyak tempahan untuk andaman di dalam mahupun di luar Daerah Simunjan. Bagi sesiapa yang memerlukan perkhidmatan andaman, beliau boleh hubungi di talian seperti di atas.

PERNIAGAAN MAKAN/MINUM


Gerai Makan "Bamboo Cafe"

En. Sahak Bin Tambi atau lebih dikenali sebagai Bujang Sahak oleh penduduk sekitar merupakan pemilik warung makan yang dikenali sebagai "Bamboo Cafe". Ia terletak di Kampung Nanas. Beroperasi mulai jam 7.00 malam, gerai ini telah dibuka sejak 5 tahun lalu. Pada asalnya, gerai ini dibina berunsurkan buluh dan kini penggunaan buluh sudah tiada lagi kerana diubah suai bagi memperbesarkan gerai.  

Walau bagaimanapun, nama gerai tersebut masih dikekalkan. Percubaan untuk menukar nama gerai tersebut oleh En. Sahak telah dibantah oleh anak-anaknya.  Menurut En. Sahak, antara menu yang paling digemari oleh pengunjung-pengujung yang datang ialah Nasi Pataya, Paprik, Nasi Ayam dan banyak lagi menu istimewa yang terdapat di Bamboo Cafe. Di samping itu, mereka turut menyediakan kemudahan wifi kepada pengunjung yang ingin melayari internet dengan kadar harga yang berpatutan.

PENGUSAHA JAHITAN

Dengan bantuan dari WEDA, Jabatan Pertanian Daerah Simunjan, Pn Liliah telah berjaya mengusahakan sebuah perniagaan jahitan. Beliau telah diberi pelbagai bantuan seperti bantuan mesin jahit serta sebuah premis perniagaan yang terletak di Kg. Hijrah, Simunjan. Selain itu, beliau turut menjahit sulam pada Baju Kurung dan Baju Melayu mengikut jenis sulaman yang ditempah. Beliau juga menjalankan lain-lain perniagaan seperti membuat sofa, membaiki sofa dan membuat wallpaper dinding rumah. Beliau juga merupakan johan bagi Kategori Pengusaha Jaya Kraftangan dan Jahitan sempena Hari Peladang dan Penternak Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2000.