Pada 31hb Ogos 2018 yang lepas, telah diadakan aktiviti "Merdeka Fun Run Gunung Ngeli" sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke-61 peringkat Daerah Simunjan. Kira-kira 500 orang yang terdiri dari para belia, wanita, kanak-kanak, dan warga emas juga terlibat dalam aktiviti ini. Dengan adanya aktiviti seperti ini, ia dapat menyemarakkan lagi semangat kecintaan terhadap negara Malaysia.

 

 

                                        

 

 

 

    

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 


 

 

Sekitar Penutupan Larian Obor Sukan Sea ke-29 dan Para Asean ke-9 KL 17 Peringkat Bahagian Samarahan di Simunjan, Sarawak pada petang semalam 12 Jun 2017 di mana obor diserahkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kepada Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen P200 Batang Sadong. 

 

 

 

 

 

 

Larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 peringkat Sarawak pada hari ini adalah sesuatu yang istimewa apabila melibatkan 500 anggota tentera dari Markas 3 Briged Infantri Kem Penrissen.

Penglibatan anggota tentera tersebut memeriahkan lagi tema Bangkit Bersama Kuala Lumpur 2017, iaitu ia disokong dan didokong oleh rakyat Malaysia dari segenap latar belakang.

 

Istimewanya juga larian hari ini kerana Obor Sukan SEA tersebut telah dibawa melalui Jambatan Batang Sadong yang merupakan jambatan terpanjang yang merentasi sungai di Malaysia-satu lagi lokasi ikonik negara-selain Gunung Kinabalu dan Taman Negara Mulu yang telah dilalui sebelum ini.

 

Selain larian dua kilometer (km) merentasi Jambatan Batang Sadong dan 17 km dibawa menaiki konvoi motosikal, obor kembali dibawa belari sejauh satu km terakhir ke Padang Sentral Simunjan untuk diserahkan kepada Anggota Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 

 

                  

 

 

 

 

 

WIRA NEGARA - SAPOK BIKI ASAL DARI SIMUNJAN

 

Siapa yang tidak kenal dengan nama Sapok Biki. Beliau merupakan seorang Peninju Negara. Beliau telah mengharumkan nama negara apabila beliau memenangi pingat emas kategori light flyweight di Sukan Komanwel (SUKOM) XVI tahun 1998. Namun tidak ramai yang mengetahui di mana kampung kelahiran beliau.

Sapok Biki sebenarnya merupakan warga Simunjan yang berasal dari Kampung Isu Lama, Simunjan. Menurut ahli keluarganya Sapok Biki memang meminati sukan tinju sejak dari kecil lagi. Beliau suka menonton video tersebut dari pelbagai negara di seluruh dunia. Kemahiran yang beliau perolehi setelah beliau berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Berkat kegigihan beliau menjalani latihan dan disiplin yang tinggi akhirnya beliau telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan tersebut seterusnya mengharumkan nama negara.

Sabok Biki seterusnya telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Waran II selepas berjaya mencipta sejarah menjadi peninju pertama di Malaysia yang memenangi sukan tersebut semasa SUKOM di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Kejayaan beliau juga telah turut menjadi kebanggaan warga SIMUNJAN khasnya. 

 

 

PERKEMBANGAN PERSILATAN OLEH BELIA DAERAH SIMUNJAN

 

 

Kira-kira pada tahun 2015 aktiviti persilatan di Daerah Simunjan mulai aktif. Beberapa jenis silat yang diperkanalkan untuk penuntut ilmu persilatan. Antara yang dikenali seperti Persilatan Helang Putih, Sengat Saribas, Nilam Sari dan beberapa lagi. 

Aktiviti persilatan biasanya diadakan pada sebelam malam pada hujung minggu. Pada 8hb April 2017 yang lepas telah diadakan "PESTA MALAM PENDEKAR" bagi mempersembahkan pelbagai jenis persilatan yang ada. Majlis telah dirasmikan oleh Yang berhormat Awla Bin Dris, ADUN N25 Simunjan.