Finas's Bottle merupakan perniagaan gerai makan/minum yang terletak di Kampung Nanas Hulu kepunyaan anak tempatan yang bernama Shafinas Binti Paukan. Pelbagai menu serta minuman disediakan. Untuk maklumat lanjut boleh layari facebook page Finass Bottle : https://www.facebook.com/finassbottle/
Mosara Barbershop merupakan kedai gunting rambut yang baru dibuka pada awal tahun 2017 ini. Kedai gunting rambut ini terletak di Kampung Keleka, Simunjan. Kedai ini menyediakan perkhidmatan mengunting rambut serta menjual minyak rambut.
Penguasa merupakan anak jati di Daerah Simunjan berasal dari Kampung Keleka, Simunjan. Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook https://www.facebook.com/mosara.barbershop.7
Homestay Teratak Nur Qalbi
Homestay ini terletak di Kampung Nanas Hulu, Simunjan. Menyediakan 4 buah bilik penginapan dan disediakan dengan pelbagai kemudahan. Dalam setiap bilik disediakan dua buah katil. Homestay yang terletak di kawasan kampung lebih memberi ketenangan dan ketenteraman kepada penggunanya.
Teratak Nur Rizqi
Teratak Nur Rizqi terletak bersebelahan dengan Teratak Nur Qalbi. Menyediakan 2 buah bilik penginapan dan disediakan dengan pelbagai kemudahan. Untuk tempahan boleh hubungi facebook page : https://www.facebook.com/Teratak-Nur-Rizqi-Warisan-Seni-Teratak-Nur-Qalbi-Ala-Homestay-Simunjan-551885914980775/
Sekiranya anda ke Daerah Simunjan jangan lupa untuk singgah ke Creamy Frost. Perniagaan aiskrim ini terletak di Kampung Nanas Hulu kepunyaan anak tempatan. Pelbagai menu serta minuman disediakan. Untuk maklumat lanjut boleh layari facebook page Creamy Frost : https://www.facebook.com/creamyfrost30/
Parang Candung
Sesiapa yang mempunyai hobi yang berunsurkan sen, JKKK Kampung Nanas juga ada mempunyai Kelab Parang Candung yang mempunyai pelbagai ukiran dari hasil seni anak-anak jati Simunjan. Harga parang bergantung kepada saiz, jenis kayu dan ukiran pada parang tersebut. Berminat dengan parang candung boleh hubungi terus JKKK Kampung Nanas, Simunjan di talian 013-800 3491 atau layari Laman Sosial https://www.facebook.com/Kelab-Candung-Kampung-Nanas-Simunjan-944000412291929/
Produk tempatan anak Simunjan Jus Kunyit Lemon Madu Homemade. Jus yang mempunyai pelbagai khasiat antaranya :-
INFO PENGHASILAN JUS KUNYIT LEMON MADU 1001 KHASIAT
-KUNYIT yg digunakan adalah induk kunyit yg terbaik Dan terpilih.. Bkn guna serbuk kunyit paket yer...
-LEMON yg digunakan adalah air perahan buah lemon yg segar... Bkn guna pati yg d dlm botol tu...
-MADU yg digunakan adalah madu asli.. Bkn menggunakan gula utk memaniskan jus kunyit tu ye...
-AIR TAPISAN adalah air yg digunakan utk campuran proses memasak juskunyit ni.. Bkn air paip OK!!!
-TEMPOH utk memasak jus kunyit ni mengambil masa yg lama.. Berjam2 lamanya... Bkn nya lps mendidih,, trs ttp jer api tu..
-PERSEKITARAN yg bersih menjamin kebersihan Dan kualiti juskunyit ni...
-HALAL mmg sdh semestinya... Skrg sdh Ada kelulusan KKM..
-TIADA KESAN SAMPINGAN YG BURUK JANGKA MASA PENDEK DAN PANJANG. Ini kerana juskunyit ni 100% tanpa bhn kimia Dan bhn pengawet..