Pada 4hb Mei 2018 yang lepas telah diadakan demo membuat Kek Batik Sutera di Dewan JKKK Kampung Nanas. Program untuk wanita di kawasan Simunjan proper adalah untuk memberi tunjuk ajar cara membuat Kek Batik Sutera kepada Wanita terutama menjelang Hari Raya yang bakal tiba nanti. Dengan adanya kemahiran ini nanti para wanita boleh membuat sendiri kek tersebut malah boleh juga dijadikan antara resepi terbaru untuk perniagaan mereka nanti. Tenaga Pengajar merupakan orang tempatan yang mempunyai kemahiran dalam membuat kek.

 

 

 

 

Berlangsung pada 22hb April 2018 lepas di Dewan Arena Sri Nancy, Pertandingan Futsal Wanita anjuran Wanita PBB dengan kerjasama SABERKAS Cawangan Simunjan, seramai 26 pasukan wanita telah turut serta dalam aktiviti tersebut. Peserta berumur 21 hingga ke warga emas turut memeriahkan lagi aktiviti pada kali ini. Wanita juga mampu bergerak aktif dalam aktiviti sukan dan seterusnya membuktikan mereka juga mampu menunjukkan permainan yang baik.

Majlis Penutupan telah dilaksanakan oleh Yang Berhormat Encil Awla Bin Dris, ADUN N.25 Simunjan dan turut serta Yang Berbahagia Datuk Sri Hjh Nancy Haji Shukri. Semoga wanita di Daerah Simunjan akan terus aktif dan bergiat aktif dengan sukan. 

 

 

 

 

 

PERTANDINGAN "PROJEK BUKU MASAKAN PILIHAN"

 

Pada 23hb April yang lepas berlangsung Program khas untuk kaum Wanita iaitu "Pertandingan Projek Buku Masakan Pilihan" bagi kawasan DUN 24,DUN 25 dan DUN 26. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Nancy Hj Shukri Ahli Parlimen Batang Sadong dan juga Yang Berhormat Awla Bin Dris ADUN N.25 Simunjan.

 

 

 

 

 

 

Pada 29hb April 2017 yang lepas telah berlangsung Majlis Makan Malam Jalinan Mesra PPWS Daerah Simunjan. Majlis diadakan di Dewan Mesra, Simunjan yang dihadiri oleh Yang Berhormat Dato Nancy Hj Shukri, Ahli Parlimen, P.200 Batang Sadong dan Yang Berhormat Awla Bin Dris, ADUN N.25 Simunjan.

Majlis bertemakan Malam Bollywood memeriahkan lagi suasana makan malam dengan pakaian ala-ala Bollywood oleh ahli-ahli PPWS. Pertandingan ratu Bollywood juga diadakan pada malam tersebut. Semua ahli PPWS mewakili kampung masing-masing menghadiri dan memeriahkan lagi majlis makan malam.

 

                   

 

 

 

Jadual Kelas Pendidikan Kemahiran, KEMAS, Kg. Nanas, Simunjan

ISNIN

9.00 pagi - 12.00 tengahari

2.00 petang - 5.00 petang


SELASA

2.00 petang - 5.00 petang


RABU

9.00 pagi - 12.00 tengahari

2.00 petang - 5.00 petang 

Antara aktiviti wanita di Daerah Simunjan ialah menyertai kelas Pendidikan Kemahiran KEMAS. Kelas tersebut diadakan pada setiap hari Isnin hingga Rabu. Di dalam kelas tersebut, para wanita akan didedahkan dalam beberapa bidang seperti kraftangan, akademik, pemakanan, kesihatan dan ekonomi. Dengan adanya kelas seperti ini akan lebih mengeratkan lagi silaturrahim sesama wanita di Daerah Simunjan, di samping meningkatkan kemahiran diri, malah dapat meningkatkan ekonomi keluarga melalui kemahiran yang telah dipelajari.

Demonstrasi Memasak


   
   

Selain aktiviti memasak, terdapat juga aktiviti lain seperti menjahit, menyulam, membuat kraftangan dan lain-lain  bagi meningkatkan kemahiran wanita di Daerah Simunjan. Ada antara hasil kerja tangan tersebut telah mendapat tempahan dan sesiapa yang berminat boleh memaklumkan kepada pihak Pi1M untuk membuat tempahan kerja tangan seperti di bawah.


Demonstrasi Membuat Kraftangan Menggunakan Manik


   

Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga KEMAS, Kampung Sageng Sabal, Simunjan.


Manakala di Kampung Sageng Sabal pula, kaum wanita turut menyertai Kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga, KEMAS yang di bawah penyeliaan PM Pn. Sabariah Bt Mek. Peserta juga akan didedahkan mengenai cara-cara untuk menambah pendapatan keluarga dengan mempelajari cara membuat kraftangan, sulaman tangan, memasak makanan ringan, kering dan basah seperti kuih-muih moden dan tradisional.