Taman Rekreasi Gunung Ngeli (Peninjo), Simunjan.
Taman Rekreasi Gunung Ngeli atau lebih dikenali sebagai "Peninjo" oleh penduduk tempatan kini telah menerima ramai pengunjung dari pelbagai tempat. Pendakian selama 40 minit untuk sampai ke puncak gunung memberi pengalaman pendakian yang mencabar dan dapat menikmati suasana hutan disekililingnya. Setelah sampai ke puncak kita dapat melihat keseluruhan kawasan Daerah Simunjan serta sungainya dari puncak tersebut. Pemandangan yang sangat cantik telah menarik lebih ramai lagi pengunjung untuk datang kembali. Marilah bersama mengunjungi Taman Rekreasi Gunung Ngeli (Peninjo), Simunjan.
Track pendakian ke "Peninjo"
Pemandangan dari "Peninjo"