Perniagaan Homemade Bun yang menyediakan perkhidmatan penghantaran. Perniagaan ini terletak di Kampung Nanas Hulu, Simunjan. Rasa rotinya sangat sedap dan lembut menyebabkan jualan sentiasa habis pada hari yang sama. Tempahan dibuat secara atas talian melalui media sosial Facebook. Antara jenis roti yang dijual ialah :

Roti Kelapa - RM2/4pc 
Redbean - RM2/4pc 
Buttermilk - RM3/6pc
Sosej Roll - RM 0.50/pc 
B
uttermilk Cheese- RM3/6pc

Untuk menempah boleh terus hubungi Cik Dayang Hamidah di facebook https://www.facebook.com/aie.aib . 

 

 

Setiap kali musim durian tiba pastinya permintaan terhadap sagon sangat tinggi. Makan unik in masih dikekalkan di Simunjan.  Makan buah durian bersama sagon adalah pilihan cara makan durian di Sarawak. Sagon adalah dari kelapa parut yang dicampurkan dengan tepung dan di goreng tanpa minyak sehingga sebati. Ia juga boleh dimakan dengan gula untuk minum petang atau masa bersantai.  Untuk dapatkan Sagon dengan harga RM5.00  boleh layari Facebook https://www.facebook.com/kakminn.minn.3 . Nikmatilah durian bersama Sagon.

 

 

 "Pais Cabik"

 
 

Makanan ini dikenali sebagai "Pais Cabik". Ia merupakan makanan tradisi bangsa Bugis yang menetap di Simunjan. Makanan ini memang sedap dimakan dengan nasi sebagai menu sampingan. Ada yang menjual dengan harga RM1.50-RM2.00 untuk sebungkus "Pais Cabik" ini. Resepi utama pais ini adalah daripada Cili. Berkunjunglah ke Simunjan untuk merasai sendiri makanan unik yang kami ada di Simunjan.

 

Siapa yang pernah merasa Pekasam Miah pasti akan mencuba lagi. Terdapat dua jenis pekasam iaitu pekasam udang dan pekasan ikan. Sangat sedap, paling istimewa bau pekasam ni tidak akan melekat di tangan. Harga sebungkus RM3.00 boleh hubungi Puan Ralmiazuri Buseral di talian 010 775 9792 atau terus ke Laman Facebook nya di https://www.facebook.com/miahpekasam/ untuk tempahan.

 

                   

 

Halus Manis

 

Antara makanan tempatan yang kini jarang didapati ialah "Halus Manis" . Ia diperbuat daripada gula yang diproses sehingga berbentuk bulat dan didalam juga terdapat inti yang menambah keenakan "Halus Manis" ini. "Halus Manis" boleh dibeli melalui individu atau di pasar basah, Simunjan. Harga sebungkus "Halus Manis" sekitar RM1.30 ke RM 1.50. Marilah berkunjung ke Daerah Simunjan untuk merasa keunikan makanannya.

 

 

 

 

 

Durian

 

 

 

Daerah Simunjan memang terkenal dengan Buah Durian, antara Kampung-Kampung yang terkenal dengan duriannya ialah Kampung Temiang, Kampung Sengkalan, Kampung Gayau, Kampung Gunung Ngeli dan banyak lagi kampung yang terdekat. Ramai pengunjung dari luar Simunjan datang ke Simunjan untuk menikmati rasa durian dan pembelian borong oleh peniaga dari luar. Musim durian di Daerah Simunjan biasa  sekitar bulan November hingga Januari.

Pengeluaran buah durian yang banyak dari kampung-kampung tersebut menyumbang kepada harga buah yang murah dan mampu untuk dibeli. Sekiranya anda ingin membeli durian sila datang ke Daerah Simunjan kerana pada masa ini Simunjan sedang dalam musim durian.