PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI Simunjan), Sarawak  mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada pengunjung yang sudi melawat laman  portal komuniti kami.

 

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Terdapat sebanyak 12  NADI untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk  Fasa Felda serta banyak lagi NADI telah diwujudkan diseluruh Malaysia  bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat menjadikan PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre).  Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

 

Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap NADI diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan, di mana isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan.

 

Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan NADI sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

 

  • E-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
  • E-Pembelajaran (e-Learning)
  • E-Dagang (e-Commerce)
  • Pengumpulan dan pertukaran maklumat
  • Pusat Komunikasi
  • Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
  • Pusat peperiksaan dan persijilan
  • One Stop Centre untuk produk tempatan dan perniagaan