USAHAWAN MENJUAL HASIL SUNGAI SEPERTI UDANG, IKAN /MAKANAN RINGAN/ PRODUK KECANTIKAN KESIHATAN & KEPERLUAN RUMAH

  

Nama : Sharifah Hamzah Bt Wan Abd Rahman
Umur : 47 tahun
Ahli : 2011

 

Latar belakang

Puan Sharifah Hamzah merupakan seorang surirumahtangga sepenuh masa. Bermastautin di Kampung Nanas, Simunjan, menjalan perniagaan kedai runcit, jualan bekalan mentah seperti ikan udang, makanan, serta produk kecantikan dan kesihatan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum mengikuti program di PI1M Simunjan beliau tidak mengetahui apakah fungsi internet dan kelebihan adanya internet. Beliau selalu mengikuti program-program yang diadakan oleh pihak Pusat Internet, Simunjan terutamanya Program Keusahawanan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Setelah beliau mengikuti beberapa program asas komputer, asas Internet seterusnya program Keusahawanan Atas Talian kini beliau lebih yakin untuk membuat perniagaan secara atas talian walaupun pada mulanya beliau agak kurang yakin.