USAHAWAN GERAI MAKANAN, PRODUK KESIHATAN/KECANTIKKAN

  

Nama : Sabtuyah Bt Joni
Umur : 48 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

Puan Sabtuyah merupakan seorang peniaga gerai makan. Beliau juga merupakan seorang guru KAFA di Sekolah SK Sageng, Simunjan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Sebelum ini beliau hanya menggunakan Facebook untuk mencari rakan-rakan lama dan kenalan sahaja. Tidak pernah terlintas di fikiran beliau Facebook boleh dijadikan sebagai media yang boleh mempromosikan barang jualannya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Setelah beliau turut serta dalam beberapa program yang diadakan oleh Pusat Internet, Simunjan beliau kini telah mulai berjinak-jinak dengan perniagaan secara atas talian. Beliau juga mempromosi barang jualan dan membuat makluman menu makanan yang gerai jual pada hari tersebut.