Puan Nur Aisyah Roselind  telah mula belajar komputer/ asas komputer sejak awal tahun 2016  di Pusat Internet, Simunjan mewakili ahli Amanah Ikhtiar Malaysia. Pada ketika itu beliau cuma hanya mengenali internet untuk mengkases maklumat dan mengakses sosial media. Sejak daripada itu beliau mula kerap berlatih dan belajar mengenai pengunaan komputer. Beliau belajar asas penggunaan Microsoft Word dan belajar laman sosial untuk berniaga dan ianya lebih mudah.

Bermula dari situ , beliau telah didedahkan dengan Kursus Latihan Asas Komputer dan Internet oleh pihak PI Simunjan. Beliau mula kerap merujuk kepada petugas Pusat Internet dan menggunakan Pusat Internet, Simunjan sebagai tempat untuk belajar penggunaan internet sebagai medan perniagaan.

Sebelum ini beliau hanya berniaga secara offline dan cuma tahu menjual dan berjumpa pelanggan secara bertemu muka sahaja.Setelah beliau mempelajari bagaimana penggunaan internet untuk berniaga. Beliau belajar berniaga menggunakan sosial media iaitu facebook. Sebelum ini pendapata beliau hanya dari RM 200.00 ke RM 300.00 Selepas belajar dan mengguna Pusat Internet, kini pendapatan beliau RM500.00 ke RM600.00. Di Pusat Internet 1Malaysia Simunjan, beliau telah diberi tunjuk ajar cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog , belajar Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stokproduk, pengiraan untung/ rugi, belajar cara mengambil pesanan melalui FB dan banyak lagi.