Adik Mohammad Shahrizal bin Rabini telah mula belajar komputer ataupun asas komputer sejak dari awal tahun 2014 iaitu di Pusat Internet, Simunjan.Pada ketika itu beliau cuma tahu atau hanya mengenali apa itu komputer. Sejak daripada itu beliau mula kerap berlatih dan belajar mengenai pengunaan komputer. Beliau belajar asas penggunaan Microsoft Word dan cara-cara mengakses internet.

Bermula dari situ , beliau telah didedahkan dengan Kursus Latihan Asas Komputer dan Internet oleh pihak PI1M Simunjan. Beliau mula kerap menggunakan Pusat Internet, Simunjan untuk mengakses internet dan belajar cara-cara dan teknik mengawal bola sepak dengan lebih baik dan kreatif. Dengan berlandaskan youtube beliau telah meningkat dari segi lecekan dan kawalan bola. Di youtube banyak pembelajaran bola sepak melalui pemain-pemain dunia yang hebat seperti Ronaldo dan Leonel Messi. Selepas itu adik Mohamamad Sharizal telah mewakili sekolah dalam pertandingan bole sepak peringkat daerah dan bahagian.

 

 Sebelum ini beliau tidak tahu bagaimana untuk menggunakan komputer iaitu asas komputer dan lebih-lebih lagi berkaitan internet.Namun setelah beliau menghadiri beberapa program yang di anjurkan oleh PI  Simunjan beliau telah faham pengguna internet dengan baik dan berkesan .Minda beliau telah terbuka bahawa beliau perlu belajar dan mempelajari asas komputer dan internet untuk masa depan beliau..Beliau juga faham youtube mempunyai banyak kebaikan. Akhirnya dengan bantuan pihak PI Simunjan beliau telah kerap mewakili sekolah dan daerah dalam pertandingan bola sepak.