CELIK IT

  

Nama : Mohd Nur Syukri Bin Ramliee
Umur : 12 tahun
Ahli : 16 Mei 2015

 

Latar belakang

Adik Mohd Nur Syukri Bin Ramliee telah mengikuti program asas komputer dan asas internet sejak Januari 2017 dan beliau menghadiri pelbagai program yang di jalankan di Pusat Internet, Simunjan.

 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Sebelum mengikuti program tersebut beliau hanya tahu apa itu komputer dan beliau hanya menemani rakan untuk melayari internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

Selepas mengikuti program Asas Komputer dan Asas Internet beliau sudah tahu dan faham untuk menggunakan Microsoft Office Word dan melayari Internet seperti youtube dan facebook. Dan kini beliau boleh membuat video pendek menggunkan aplikasi computer dan telefon pintar seperti vivavideo.

 

 

 

 

USAHAWAN MAKANAN BASAH DAN KASAM IKAN

  

Nama : Ralmiazuri Binti Buseral
Umur : 36 tahun
Ahli : 2015

 

Latar belakang

 

Puan Ralmiazuri telah memulakan jualan produk pekasam secara kecil-kecilan iaitu dengan menjual sekitar kampung dan rakan-rakan yang terdekat sahaja.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM150 – RM200 sahaja sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI 

 

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet, Simunjan, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil ternakan dan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Daerah yang mana mereka mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM300 – RM400

 

 

 

 

 

Puan Nur Aisyah Roselind  telah mula belajar komputer/ asas komputer sejak awal tahun 2016  di Pusat Internet, Simunjan mewakili ahli Amanah Ikhtiar Malaysia. Pada ketika itu beliau cuma hanya mengenali internet untuk mengkases maklumat dan mengakses sosial media. Sejak daripada itu beliau mula kerap berlatih dan belajar mengenai pengunaan komputer. Beliau belajar asas penggunaan Microsoft Word dan belajar laman sosial untuk berniaga dan ianya lebih mudah.

Bermula dari situ , beliau telah didedahkan dengan Kursus Latihan Asas Komputer dan Internet oleh pihak PI Simunjan. Beliau mula kerap merujuk kepada petugas Pusat Internet dan menggunakan Pusat Internet, Simunjan sebagai tempat untuk belajar penggunaan internet sebagai medan perniagaan.

Sebelum ini beliau hanya berniaga secara offline dan cuma tahu menjual dan berjumpa pelanggan secara bertemu muka sahaja.Setelah beliau mempelajari bagaimana penggunaan internet untuk berniaga. Beliau belajar berniaga menggunakan sosial media iaitu facebook. Sebelum ini pendapata beliau hanya dari RM 200.00 ke RM 300.00 Selepas belajar dan mengguna Pusat Internet, kini pendapatan beliau RM500.00 ke RM600.00. Di Pusat Internet 1Malaysia Simunjan, beliau telah diberi tunjuk ajar cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog , belajar Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stokproduk, pengiraan untung/ rugi, belajar cara mengambil pesanan melalui FB dan banyak lagi.

 

 

  

 

 

 

 

 

 

 Adik Mohammad Shahrizal bin Rabini telah mula belajar komputer ataupun asas komputer sejak dari awal tahun 2014 iaitu di Pusat Internet, Simunjan.Pada ketika itu beliau cuma tahu atau hanya mengenali apa itu komputer. Sejak daripada itu beliau mula kerap berlatih dan belajar mengenai pengunaan komputer. Beliau belajar asas penggunaan Microsoft Word dan cara-cara mengakses internet.

Bermula dari situ , beliau telah didedahkan dengan Kursus Latihan Asas Komputer dan Internet oleh pihak PI1M Simunjan. Beliau mula kerap menggunakan Pusat Internet, Simunjan untuk mengakses internet dan belajar cara-cara dan teknik mengawal bola sepak dengan lebih baik dan kreatif. Dengan berlandaskan youtube beliau telah meningkat dari segi lecekan dan kawalan bola. Di youtube banyak pembelajaran bola sepak melalui pemain-pemain dunia yang hebat seperti Ronaldo dan Leonel Messi. Selepas itu adik Mohamamad Sharizal telah mewakili sekolah dalam pertandingan bole sepak peringkat daerah dan bahagian.

 

 Sebelum ini beliau tidak tahu bagaimana untuk menggunakan komputer iaitu asas komputer dan lebih-lebih lagi berkaitan internet.Namun setelah beliau menghadiri beberapa program yang di anjurkan oleh PI  Simunjan beliau telah faham pengguna internet dengan baik dan berkesan .Minda beliau telah terbuka bahawa beliau perlu belajar dan mempelajari asas komputer dan internet untuk masa depan beliau..Beliau juga faham youtube mempunyai banyak kebaikan. Akhirnya dengan bantuan pihak PI Simunjan beliau telah kerap mewakili sekolah dan daerah dalam pertandingan bola sepak.